Posted by: rusnah | May 2, 2009

Episod 2 – Rentetan Perjalanan Haji

JEDDAH – 11 Februari 2001.

Penerbangan dari Malaysia ke Arab Saudi hanya mengambil masa 8 jam dan perbezaan waktu di antara malaysia dan Arab Saudi hanya 5 jam perbezaan.  Pesawat yang dinaiki sudah mula mencecah awan dan terbang rendah…..  Saya mengambil peluang menjenguk keluar dari tingkat pesawat.   Dari jauh, kelihatan tanah-tanah yang berbonjol-bonjol dan kemerah-merahan.  Amat sedikit  warna

Jalan menuju ke Lapangan Terbang Antabangsa King Aziz

Jalan menuju ke Lapangan Terbang Antabangsa King Aziz

kehijauan yang dapat dilihat.  Begitulah keadaan fizikal tanah di negara Arab ini. Semakin hampir ke daratan baru lah kelihatan Lapangan Terbang Antarabangsa King Aziz.  Pesawat mendarat tepat pada pukul 5.00 petang  waktu Arab Saudi. Kini kami sudah pun berada di Negara Arab.

King Aziz International Airport dari udara

King Aziz International Airport dari udara

Setelah pesawat selamat mendarat, saya dan suami serta jemaah-jemaah yang lain mula lah bangun dan menuju kepintu pesawat untuk keluar. Setelah semua jemaah berada di balai ketibaan, kami pun mulalah mencari bagasi masing-masing dan bersedia untuk dibuat pemeriksaan oleh kastam Arab Saudi yang sedang menunggu untuk menjalankan tugasnya. Alhamdullillah…bagasi kami langsung tidak diperiksa dan diambil peduli.  Segala urusan pemeriksaan beres dengan cepat. Ada juga sesetengah jemaah yang diperiksa sebegitu teliti sekali.   Kesian… habis bungkusan makanan mereka dibuka untuk dilihat isinya.  Dari jauh kelihatan segala juadah yang berupa biskut kueh raya dan serunding dibuka oleh kastam Arab Saudi tersebut. Saya bersyukur sangat kerana perkara yang sedemikian tidak berlaku kepada kami.

Diluar sana pegawai-pegawai dari Tabung Haji Malaysia telah lama menunggu dan menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra serta mengucapkan kesyukuran diatas keselamatan kami semua.  Saya begitu terharu… betapa beruntungnya menjadi rakyat Malaysia.  Segala kemudahan untuk melakukan kerja haji telah tersusun dan dirancang dengan sebaiknya. Pegawai Tabung Haji memandu kesemua jemaah ke terminal yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia. Setiap negara mempunyai terminal menunggunya sendiri.   Bendera negara  bagi setiap negara juga digantung dan dikibarkan sebagai pengenalan bagi

Terminal haji bagi rakyat turkey

Terminal haji bagi rakyat turkey

memudahkan para jemaah.  Tempat yang sebegini sibuk berkemungkinan untuk sesat amatlah  mudah bagi mereka yang kurang memahami….

Setelah  sampai di terminal menunggu, kami duduk sambil menikmati sedikit juadah yang disediakan oleh pihak Tabung Haji. Selesai makan kami melakukan solat jamak bagi waktu zohor dan asar.  Semua jemaah mematuhi apa sahaja yang telah diatur oleh pihak Tabung Haji. Sebelum berangkat ke Madinah, kami beramai-ramai menunaikan solat jamak berjamaah bagi waktu maghrib dan isya. Setelah selesai, sekali lagi kami diminta mengikut arahan dari pihak Tabung Haji untuk berbaris bagi menentukan nombor bas yang akan dinaiki bagi meneruskan perjalanan ke Madinah.  saya dan suami menaiki bas no. 4.

Cuaca di Jeddah pada ketika itu agak sejuk. Musim haji pada tahun itu masih lagi didalam musim sejuk. Saya dan suami memakai pakaian tebal bagi melindungi diriku. Kesejukannya boleh dirasa bagaikan masuk sampai kedalam tulang. Hidung mula rasa berat dan tersumbat…. terpaksa tarik nafas panjang-panjang. Terfikir dibenak hati saya agaknya beginilah orang-orang yang tinggal di negara Eropah tu………

Tepat pukul 8.00 malam, kami semua sudah pun berada didalam bas.  Bas kami dipandu oleh seorang arab yang berasal dari Mesir.  Passport haji kami dikumpul dan dipegang oleh pemandu bas tersebut. Pemandu tersebut menunjukkan isyarat bahawa passport kami telah selamat disimpan olehnya didalam sebuah beg kecil.  Setelah semuanya selesai, bas yang dinaiki mulalah bergerak menuju ke Madinah Al-Munawarah. Oleh kerana keletihan didalam perjalanan yang begitu panjang, saya mengambil peluang untuk tidur. Keadaan diluar sudah gelap.  Tiada pemandangan yang dapat dilihat kecuali kedengaran bunyi bising enjin bas yang membawa ribuan bakal jemaah haji ke Madinah.  Didalam kesibukan malam tersebut tanpa disedari saya telah pun melelapkan mata …..ZZZzzzzzz………..

About these ads

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: