Gambar hiasan
A) ADAB BERDOA
1. Memohon hanya kepada Allah SWT.
2. Memohon pada keadaan yang mulia, seperti:
a) Saat bersujud kepada Allah SWT setelah solat fardhu
b) Waktu sahur
c) Saat turun hujan
d) Ketika berpuasa.
3. Memohon pada saat baik dan tepat, seperti:
a) Rentang waktu antara azan dan iqamah
b) Sepertiga malam
c) Hari Jumaat
d) Bulan Ramadhan
e) 10 hari pertama bulan Zulhijjah
f) Hari Arafah
g) Awal dan akhir bulan
4. Mengadap Kiblat serta mengangkat kedua tangan.
5. Menyakini permohonan akan terkabul.
6. Merendahkan diri, khusyuk dan takut akan kemurkaan Allah SWT
7. Melembutkan suara kerana berdoa ditujukan kepada Yang Maha Mendengar serta tidak memaksakan diri untuk melagukan doa.
8. Memulai permohonan dengan menyebut salah satu al-asma’ul Husna, kalimat tauhid, tahmid serta selawat ke atas Rasulullah SAW
9. Tidak memohon keburukan bagi diri sendiri ataupun orang lain, memutuskan hubungan silatulrahim dan yang diharamkan atau dimakruhkan aga seperti memohon kematian keran ditimpa musibah, memohon ditimpa azab dengan segera didunia.
10. Menyatakan permohonan dengan baik dan jelas.
11. Mengulangi permohonan sampai tiga kali dan diutamakan sesering mungkin serta tidak tergesa-gesa.
12. Bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahan yang pernah diperbuat.
13. Menutup permohonan dengan bartahmid dan berselawat atas Nabi SAW, lalu mengusapkan kedua tangan ke wajah.
B) ADAB BERZIKIR
1. Merendahkan diri
2. Menkhusyukkan hati dan tidak lengah atau lalai
3. Niatkan untuk menambah keimanan.
4. Memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
5. Tidak mengeraskan suara.



singgah di blog anda, heheheh
By: Zafirah Tiramisu on May 4, 2012
at 11:13 am
singgah selalu tawh…dpt info trbaru
By: rusnah on May 4, 2012
at 11:36 am