Panduan Haji dan Umrah

PERKONGSIAN ILMU

Penulisan Haji dan Umrah ini adalah hasil dari pembelajaranku selama beberapa tahun dibeberapa buah masjid dan surau. Dibimbing oleh beberapa orang ustaz.  Isi  penulisan juga dirujuk daripada beberapa buah buku panduan haji dan umrah, disamping pengalaman sendiri sewaktu mengerjakan haji.  Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh semua teman-teman di luar sana yang berkesempatan singgah dilaman blogku ini.  Harapan saya semoga saudara/saudari mendapat haji yang mabrur…INSYAALLAH

TALBIAH

talbiah1

PERBEZAAN HAJI DAN UMRAH

UMRAH:

Mengikut sebutan orang adalah haji kecil. Umrah juga adalah mengunjungi Baitullahil Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat-ibadat yang tertentu di sana.

HAJI:

Mengikut kebiasaan sebutan orang adalah haji besar. Dari segi syarak pula ianya adalah mengunjungi Baitullahil Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat-ibadat yang tertentu di sana.

RUKUN HAJI DAN UMRAH

Erti rukun dalam ibadat haji dan umrah ialah sesuatu yang mesti dilakukan.  Jika salah satunya ditinggalkan maka tidak boleh digantikan oleh orang lain atau diwakilkan dan tidak boleh digantikan dengan dam.  Maka tidak sah haji dan umrahnya dan kemungkinan besar 13 larangan dalam ihram akan dibawa balik ke Tanah Air (Malaysia).

WAJIB HAJI DAN UMRAH

Wajib haji dan umrah adalah pekerjaan-pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan kedua-dua ibadat tersebut.  Jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya, haji atau umrahnya itu tetap sah tetapi wajib keatasnya membayar dam.  Walau bagaimanapun jika jemaah itu sengaja tidak melakukan pekerjaan tersebut, hukumnya ia berdosa.

SUNAT HAJI DAN UMRAH

Seperti yang diketahui perkara sunat jika dilakukan mendapat pahala dan jika ditinggalkan sebab apa sekali pun tidakberdosa dan tidak dikenakan dam.

ADAB-ADAB HAJI DAN UMRAH

Perkataan adab dan beradab itu dengan sendiri memberi maksud perilaku yang terhormat dan mulia.  Ianya sebagai kayu pengukur kepada akhlak yang mulia bila mana seseorang bersopan santun dikatakan ia beradab dan berakhlak.  Sabda S.A.W. yang bermaksud sesungguhnya aku diutuskan oleh ALLAH untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

JENIS-JENIS HAJI

  • Haji Ifrad -Mengerjakan haji dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan umrah
  • Haji Tamattuk - Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan haji di tahun yang sama
  • Haji QiranWajah 1 – Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam Bulan-bulan haji dengan mengerjakan amalan-amalan haji sahaja
  • Haji Qiran – Wajah 2 - Berniat mengerjakan umrah sahaja tetapi sebelum tawaf  ia berniat mengerjakan haji

RUKUN UMRAH

  • Niat
  • Tawaf
  • Saie
  • Bercukur / Bergunting
  • Tertib

WAJIB UMRAH

  • Niat Ihram Di Miqat
  • Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa ihram

NIAT  MENGERJAKAN UMRAH

LAPAZNYA

niat umrah

NIAT DALAM HATI – Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala

BERCUKUR ATAU BERGUNTING SEMASA MENGERJAKAN UMRAH

CARA MELAKSANAKANNYA - Mencukur rambut di kepala bagi lelaki atau menggunting rambut di kepala sekurang-kurangnya 3 helai bagi lelaki atau perempuan

MASA DAN TEMPAT – Selepas selesai saie umrah di marwah

AMALAN BERCUKUR ATAU BERGUNTING SELEPAS SAIE DINAMAKAN `TAHALLUL UMRAH’

PERJALANAN IBADAT UMRAH

  1. Mandi sunat ihram
  2. Melaksanakan kerja-kerja sunat ihram
  3. Pergi ke Miqat di Tana’im atau Ja’ranah
  4. Solat sunat ihram dalam masjid
  5. Niat umrah
  6. Jaga pantang larang dalam ihram ( 13 pantang larang )
  7. Balik ke Mekah
  8. Banyakkan talbiah sepanjang dalam ihram
  9. Tawaf Umrah di Baitullah 7 keliling
  10. Bacalah apa-papa doa yang termampu
  11. Solat sunat di Multazam, Maqam Ibrahim dan lain-lain
  12. Berdoa ditempat mustajab
  13. Minum air Zam-Zam sepuas-puasnya dan niat
  14. Saie antara Safa dan Marwah 7 kali ulang alik
  15. Berdoa dengan apa saja doa yang termampu
  16. Bertahlul (bercukur / bergunting) di Marwah
  17. Berdoa semasa bertahlul
  18. Maka gugurlah 13 pantang larang dalam ihram
  19. Maka selesailah pekerjaan umrah

TAHALUL UMRAH

Setelah berniat umrah di Miqat dan pantang larang yang 13 pun terkena pada kita, lalu balik ke Baitullah lalu tawaf 7 keliling dengan sempurna dan saie dengan sempurna antara bukit Safa dan Marwah, apabila tamat lalu bergunting / bercukur maka gugurlah semua 13 pantang larang tadi. Maka seleailah kerja-kerja umrah. (umrah tiada tahalul awal terus tahalul thani)

TAWAF

PENGERTIAN TAWAF – Mengelilingi kaabah dengan syarat-syaratnya

JENIS-JENIS TAWAF

  1. TAWAF RUKUN – a. haji       b. Umrah
  2. TAWAF QUDU – Selamat datang
  3. TAWAF WADA’ – Selamat tinggal
  4. TAWAF SUNAT
  5. TAWAF NAZAR

SYARAT-SYARAT SAH TAWAF:

  • Suci daripada hadas dan dalam keadaan berwuduk
  • suci badan / pakaian / tempat tawaf daripada najis
  • Menutup aurat seperti mana dalam sembahyang
  • Bermula daripada sudut Al-Hajar Aswad dan berniat tawaf jika tawaf  Wada’  / Sunat/  Nazar
  • Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
  • Berjalan bertujuan tawaf bukan bertujuan lain
  • Cukup 7 kali keliling dengan yakin
  • Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail / Syazarwan

SUNAT-SUNAT TAWAF

  • Berjalan kaki
  • Memakai pakaian berwarna putih
  • Berittiba’ bagi tawaf diiringi dengan saie (lelaki)
  • Melakukan ramal (berlari-lari anak) bagi tawaf yang diiringi dengan saie (lelaki)
  • Istilam Hajarul Aswad dan mengucupnya.  Istilam rukun Yamani dan tidak mengucupnya
  • Membaca zikir dan doa
  • Berturut-turut 7 kali pusingan
  • Tawaf dengan khusyuk / tawadhuk
  • Sembahyang sunat tawaf

Ittiba’ – ialah perbuatan seorang lelaki yang berihram meletakkan pertengahan kain selepangnya di bawah ketiak kanannya dan dua hujung kain itu di atas bahu kirinya. Perbuatan ini adalah sunat bagi orang-orang lelaki mengikut pendapat mazhab Imam As-Shafie, Hanafi, Ahmad dan jumhur ulama’. Ini adalah berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Ya’li bin Umaiyah yang bermaksud: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bertawaf dalam keadaan ittiba’ dan memakai burad. Burad pula adalah sejenis kain bulu berwarna hitam.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ad-Darini, AlBaihaqi dan At-Tirmidzi, disahihkan hadis ini oleh At-Tirmidzi)

SAIE

PENGERTIAN SAIE – Berjalan ulang alik di antara bukit Safa dan Marwah

SYARAT-SYARAT SAIE

  • Dilakukan selepas tawaf rukun / tawaf qudum
  • Bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah
  • Cukup 7 kali dengan yakin dikira daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa
  • Hendaklah sampai ke penghujung tempat saie di Safa dan di Marwah
  • Hendaklah saie di Batnu Al-Wadi (tempat yang termaklum)
  • Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan saie

SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SAIE

  • Keluar ke tempat saie melalui Bar As-Safa
  • Menaiki bukit Safa / Marwah hingga sampai batu-batu bukit
  • Mengadap qiblat dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah
  • Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanpa lampu hijau atau tiang hijau
  • Muwalat (berturut-turut)
  • Suci dari hadas kecil dan besar
  • Berjalan kaki
  • Berdoa

RUKUN-RUKUN HAJI

  • Niat
  • Wuquf
  • Tawaf
  • Saie
  • Bercukur atau bergunting
  • Tertib pada kebanyak rukun

Jika tertinggal salah satu atau tidak mengikut syaratnya maka Haji / Umrahnya TIDAK SAH (BATAL) dan terpaksa mengqadakannya semula dengan segera kerana masih di dalam ihram (pantang larang)

WAJIB-WAJIB HAJI

  • Niat ihram di miqat
  • Meninggalkan larangan dalam masa ihram
  • Bermalam (mabit) di Muzdalifah
  • Melontar Jamrah Aqabah
  • Bermalam (mabit) di Mina
  • Melontar ketiga-tiga jamrah pada hari-hari tasyriq

Sekiranya tertinggal salah satu daripadanya HAJI / UMRAHNYA SAH tetapi diwajibkan dam

Hari Nahar:                10 Zulhijjah (hari raya haji pertama)

Hari Tasyrik: 11, 12, 13 Zulhijjah (hari raya kedua, ketiga dan keempat)

Musim Haji: 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah (hari raya puasa hingga hari raya haji)

NIAT IHRAM HAJI DI MIQAT

PENGERTIANNYA – Berniat ihram haji di tempat yang telah ditetapkan oleh syarak

HAJI TAMATTUK

Di Mekah berniat di tempat kediaman atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Arafah

HAJI IFRAD ATAU QIRAN

Berniat di Miqat Qarnul Manazil atau sebelum sampai Miqat seperti di Kompleks atau dalam kapal terbang sebelum bertolak ke Makkah atau Bir Ali atau sebelum sampai di Bir Ali seperti di tempat kediaman atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Makkah.

niat hajia


WUQUF DI ARAFAH

Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan

WAKTU WUQUF - Bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga fajar hari 10 Zulhijjah

WAKTU AFDAL WUQUF - Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah

SYARAT BERWUQUF

  • Telah berihram dengan niat haji
  • seorang yang ahli beribadat (tidak gila / tidak mabuk / tidak hilang akal sepanjang masa)
  • Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu wuquf

AMALAN-AMALAN SUNAT BERWUQUF

  • Sembahyang berjemaah
  • Bertalbiah
  • Berdoa
  • Berzikir
  • Membaca Al-Quran
  • Sembahyang-sembahyang sunat

BERMALAM (MABIT) DI MUZDALIFAH

PENGERTIAN MABIT - Berada di bumi Muzdalifah sepanjang malam hingga padi atau berada di bumi Muzdalifah seketika selepas tengah malam

WAKTU MABIT - Pada malam 10 Zulhijjah

AMALAN-AMALAN SUNAT

  • Berdoa
  • Berzikir
  • Sembahyang sunat
  • Mengutip anak-anak batu

PENGECUALIAN MABIT JIKA UZUR

  • Takut terancam keselamatan diri atau harta
  • Menjaga atau menemani orang sakit
  • Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
  • Berpenyakit dan sukar bermalam
  • Terpaksa


MELONTAR JAMRAH

Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah (hari Nahar) di Mina

WAKTU AFDAL - Pada waktu duha 10 Zulhijjah

WAKTU DIHARUSKAN - Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah

SYARAT-SYARAT MELONTAR

  • Hendaklah melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap jamrah
  • Hendaklah melontar dengan tertib dimulai dari Jamratul Ula kemudian Jamratul Wusta dan diakhiri di Jamratul Aqabah
  • Hendaklah melontar tidak terpesong daripada tujuan lain
  • Hendaklah melontar batu atau jenis-jenisnya
  • Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam takungan jamrah dengan yakin
  • Hendaklah melontar dengan gaya melontar
  • Hendaklah melontar dengan tangan
  • Tertib hari melontar bermakna tidak sah melontar hari ke 11, melainkan setelah melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah melontar hari ke 12 melainkan sudah melontar bagi hari yang ke 11. Begitu juga tidak sah melontar untuk hari ke 13 kecuali setelah melontar hari ke 12
  • Dilarang melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar ketiga-tiga jamrah untuk dirinya sendiri

MELONTAR JAMRATUL AQABAH PADA 10 ZULHIJJAH (HARI NAHAR)

melontar1aWaktu afdal – pada waktu duha 10 Zulhijjah

Waktu diharuskan – Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah

MELONTAR JAMARAT PADA 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH DI MINA

(HARI-HARI TASYRIQ)

melontar1b

Waktu afdal - Selepas gelincir matahari 11 Zulhijjah

Waktu diharuskan - Selepas fajar 11 Zulhijjah hingga terbenammatahari 13 Zulhijjah

melontar1c

Waktu afdal - Selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah

Waktu diharuskan - Selepas fajar 12 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah

melontar1d

Waktu afdal - Selepas gelincir matahari 13 Zulhijjah

Waktu diharuskan - Selepas fajar 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah

TAHALUL HAJI DAN UMRAH

Setelah para jemaah mendapat MABIT DI MUDZALIFAH dan keluar dari sempadan yang akhir di Muzdalifah melebihi jam 12.00 tengah malam, para jemaah boleh membuat pilihan samada hendak terus ke Mina atau terus balik ke Makkah

CARA PERTAMA(CARA INI DIURUSKAN OLEH TABUNG HAJI)

Jika para jemaah terus ke Mina, maka bolehlah terus melontar Jamratul Aqabah sahaja dengan 7 biji batu yang dikutip di Mudzalifah lalu terus bergunting/bercukur (di Mina) maka terjadilah TAHALUL AWAL dan gugurlah pantang larang 10 cuma tinggal lagi 3. Kemudian jemaah perlu bermalam di Mina dan seterusnya melontar pada hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Setelah bermalam dan melontar selesai pada hari-hari Tasyrik, para jemaah dibawa ke Mekah pada 13 Zulhijjah untk tawaf dan saie haji dan tidak payah bergunting/bercukur lagi, maka gugrlah 3 lagi baki pantang larang. Maka terjadilah TAHALUL THANI dan selesai pekerjaan haji

PANDUAN:

  • Pantang larang – 10 gugur di Mina pada 10 Zulhijjah dan 3 lagi gugur di Makkah pada 13 Zulhijjah
  • Tahalul Awal (bergunting dan bercukur) - Mesti selesai melontar dengan yakin di Jamratul Aqabah, maka gugurlah 10 pantang larang
  • Tahalul Thani - Mesti selesai tawaf dengan yakin dan saie, maka gugur 3 lagi pantang larang
  • Tawaf haji - Berpakaian biasa (tutup aurat), bersarung tangan dan boleh bertutup sebahagian muka

CARA KEDUA

  1. Cara inilah yang dikerjakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Dapat menghabiskan kerja haji dalam musim haji (10 Zulhijjah)

Para jemaah terus ke Mina dan melontar Jamratul Aqabah pada waktu dhuha lalu bercukur/bergunting di Mina (TAHALUL AWAL) maka gugur 10 pantang larang. Balik ke Mekah pada hari yang sama iaitu 10 Zulhijjah dan lakukan tawaf serta saie haji pada hari itu juga (TAHALUL THANI) maka gugur lagi 3 pantang larang. Kemudian balik ke Mina semula untuk mendapatkan mabit (bermalam) di Mina dan melontar pada hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah dan balik ke Mekah pada 13 Zulhijjah dan tidak payah tawaf dan saie lagi. Maka selesai lah kerja haji tersebut

PANDUAN:

  • Pantang larang – 10 gugur di Mina pada 10 Zulhijjah dan 3 lagi gugur di Makkah pada 10 Zulhijjah
  • Tahalul Awal (bergunting dan bercukur) - Mesti selesai melontar dengan yakin di Jamratul Aqabah, maka gugurlah 10 pantang larang (berpakaian ihram)
  • Tahalul Thani - Mesti selesai tawaf dengan yakin dan saie, maka gugur 3 lagi pantang larang
  • Tawaf Haji – Berpakaian biasa (tutup aurat), bersarung tangan dan boleh bertutup sebahagian muka)


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: