Posted by: rusnah | July 23, 2012

Lima kelebihan untuk umat Muhammad

Diriwayatkan daripada Ibnu Bazar dan Baihaqi,“Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rsulullah SAW bersabda: “Umatku telah diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada selain daripada mereka.  Kepada mereka:

  • Bau daripada mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum disisi Allah daripad bau harumnya kasturi.
  • Bagi pihak mereka ikan-ikan di laut memohonkan keampunan sehinggalah mereka membuka puasa mereka
  • Allah meyediakan dan menghiasi sebuah taman yang istimewa didalam Syurga setiap hari dan berkata kepadanya: Masanya telah hampir bila mana hamba-hambaKu yang setia mengenepikan ujian-ujian yang besar (di dalam dunia) dan datang kepada kamu
  • Pada bulan ini syaitan yang jahat dirantaikan supaya tidak dapat mendatangi perbuatan-perbuatan maksiat yang selalu mereka hampiri di bulan-bulan selain Ramadhan
  • Pada malam yang akhir Ramadhan mereka diampunkan

Maka para-para sahabat r.a. bertanya: ‘Ya Rasulullah, adakah itu malam Lailatul Qadar? Rasulullah SAW menjawab; “Tidak, tetapi adalah selayaknya bahawa seorang hamba diberikan upahnya setelah menyempurnakan khidmatnya”

Posted by: rusnah | July 23, 2012

Kelebihan Ramadhan

Permulaannya membawakan kerahiman Allah, pertengahannya memperolehi keampunanNya dan akhir sekali mendapat kebebasan daripada api neraka

“Salman r.a. meriwayatkan bahawa pada akhir bulan Sya’ban Rasulullah SAW memberikan khutbah kepada kami dan bersabda: “Wahai manusia, telah datang sekarang satu bulan yang mulia (agung), bulan yang paling diberkati yang mana terdapat di dalamnya satu malam yang tersangat besar kelebihannya daripada seribu bulan.  Inilah bulan yang mana Allah mewajibkan pada siang harinya untuk berpuasa. Dan Dia telah menjadikan Teraweh sebagai sunnah di malam itu.

Barangsiapa ingin mendekatkan dirinya kepada Allah:

  • Dengan melakukan apa sahaja amalan baik, kepadanya akan diganjari sebanyak amalan fardhu yang dilakukan nya pada masa-masa lain.
  • Barang siapa melakukan satu amalan fardhu, kepadanya akan diganjari sebanyak tujuh puluh amalan fardhu yang dilakukan dimasa-masa yang lain. 
  • Sesungguhnya ini adalah sebuah bulan kesabaran. Ganjaran bagi kesabaran yang sejati ialah Jannah (syurga).
  • Bulan simpati terhadap saudara-saudaramu dimana rezeki bagi orang yang  benar-benar beriman ditambah
  • Barang siapa memberi makan orang-orang yang berpuasa sebagai pembuka puasanya (pada masa matahari terbenam), kepadanya adalah keampunan terhadap dosa-dosanya dan pembebasan daripada api neraka dan untuknya adalah ganjaran yang sama (dengan orang yang diberinya makan) tanpa mengurangkan pahala orang itu sedikit pun.

Maka kami pun berkata, “Wahai Rasulullah, tidak semua daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa”.  Rasulullah SAW menjawab, “Allah mengurniakan ganjaran yang sama ini kepada siapa yang telah memberikan kepada orang berpuasa bagi membuka puasanya hanya dengan sebiji buah tamar atau pun seteguk air ataupun sekali sisipan susu.

Dan di dalam bulan ini kita hendaklah melakukan terus sebanyak-banyaknya akan empat perkara, dua daripadanya untuk mendapat keredhaan Allah sementara yang dua lagi yang mana kamu tidak dapat tidak amat berhajat kepadanya:

  • Dua yang menyukakan Tuhanmu ialah kamu hendaklah bersaksi sebanyak-banyaknya bahawa tidak ada sesuatu yang selayaknya disembah melainkan Allah, iaitu dengan membaca Kalimah Tayyibbah; Laa ilaha-illallah) dan berbanyak-banyak istighfar (meminta kemapunan kepada Allah dengan Astghfirullah)
  • Dua perkara tidak dapat tidak kamu amat berhajat kepadanya ialah hendaklah kamu memohon pengharapan kepada Allah untuk memasuki Syurga dan meminta perlindungan kepadaNYa daripada Jahanam
  • Dan barang siapa memberikan seseorang yang berpuasa akan air sebagai minuman, Allah akan membenarkannya untuk meminum daripada telagaku, sekali minum yang selepas meminumnya dia tidak akan berasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam Syurga (Jannah)

Diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah di dalam sahihnya.

Rujukan penulisan: Teman Ramadhan

Posted by: rusnah | July 20, 2012

“Tetamu istimewa”…Marhaban ya Ramadhan!

Ramadhan Al-Mubarak

Apakah persediaan kita untuk menerima dan meraikan kedatangan tetamu istimewa ini? Setiap tahun, Ramadhan pasti datang dan berlalu pergi… Alhamdulillah umur kita masih dipanjangkan Allah untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini.  Ketahuilah… Terdapat banyak kelebihan, keistimewaan serta ganjaran pahala yang berlipat ganda bagi setiap kebaikan yang dilakukan.. (Rujuk kembali penulisan saya yang lepas)

Maka manfaatkan lah bulan ini dengan penuh keimanan. Semoga segala amalan yang dilakukan akan dapat memantapkan lagi keimanan dan sentiasa istiqamah dengan penuh keikhlasan..

Bulan Ramadhan merupakan bulan pesta pahala bagi semua umat islam. Maka marilah kita sama-sama menghidupkan setiap saat dibulan ini dengan beramal dan melakukan  perkara-perkara kebaikan.  Semoga mendapat keberkatan dan diampunkan segala dosa dan kesalahan yang pernah kita lakukan.

Selamat menjalani ibadah berpuasa kepada seluruh umat Islam. :) Semoga kita menjadi insan yang bertaqwa

Lafaz niat untuk sebulan puasa :

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Lafaz niat puasa untuk harian :

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz doa ketika hendak berbuka :

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Posted by: rusnah | July 19, 2012

Bulan Sya’ban

Hadis diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., sabda Rasulullah SAW  bermaksud: “Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku”

ketiga-tiga bulan ini hendaklah dihayati dan dimanfaatkan sebaik-baiknya sebagai usaha pelaburan yang amat menguntungkan pada hari akhirat kelak.

Fadhilat dan kelebihan Sya’ban

  • Sayidatina Aisyah r.a. menyatakan, tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Sya’ban (selain bulan Ramadhan); sesungguhnya baginda SAW telah berpuasa sebulan penuh. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Usman bin Zaid menceritakan: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW, wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti dibulan Sya’ban; lalu baginda menjawab, itulah bulan (Sya’ban) dimana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan; ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam.  Oleh itu saya (baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa. – (Hadis riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)
  • Sebuah lagi hadis Rasulullah SAW bermaksud bahawa baginda suka berpuasa penuh sebulan Sya’ban kerana bulan tersebut malaikat maut menghapuskan nama orang-orang yang akan dicabut rohnya disepanjang tahun itu.  Baginda amat suka jika malaikat maut itu tidak mengambil roh baginda melainkan di dalam bulan Sya’ban, dimana baginda sedang berpuasa

Oleh kerana setiap orang Islam mengharapkan agar amal ibadah masing-masing yang diangkatkan ke hadrat Allah SWT pada bulan Sya’ban itu diterima maka sewajarnyalah kita sekalian memperbanyakkan lagi amal ibadah dengan penuh tawadhu’, ikhlas dan taqwa kepadaNya.  Jika Allah SWT dapat menerima amal salih kita, maka sesungguhnya Allah SWT akan menaikkan darjat kita dalam kehidupan dunia dan juga akhirat

  • Sayidatina Aisyah r.a. menceritaka, Rasulullah SAW telah bersabda: (Sesungguhnya Allah Ta’ala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb) – (Hadis riwayat At-Termizi dan Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

  • “Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.  Sya’ban mengkafarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan menyucikan dosa (jasmani dan rohani)”
  • “Kelebihan Rejab atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Al-Quran atas qalam.  Kelebihan Sya’ban atas bulan-bulan lain seperti kelebihan atas sekalian nabi-nabi. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhlukNya”
  • Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya. Allah berfirman, “Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskan, mereka yang meminta rezeki Aku berikan rezekinya”
  • Bahawa Allah SWT memerhatikan hamba-hamba Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk Nya kecuali orang yang menyengutukan Allah dan orang yang tidak mahu bercakap sesama saudaranya (sesama orang islam)
  • Diriwayatkan daripada Ka’abul-Akhbar bahawa Allah SWT telah mengutuskan malaikat Jibril pada malam Nisfu Sya’ban ke syurga .  Allah SWT memerintahkan supaya syurga dihiasi dengan seindah indahnya.  Malaikat Jibril berkata kepada syurga, sesungguhnya Allah SWT telah memerdekakan ahli neraka pada malam ini sebanyak bilangan bintang-bintang di langit, sebanyak jumlah hari dunia dan malamnya, sebanyak daun-daun pokok, seberat gunung-gunung dan sebanyak-banyak pasir
  • Khalifah Umar Abdul Aziz telah memberitahu wakilnya di Basrah: “Hendaklah kamu perhatikan empat malam dalam satu tahun kerana sesungguhnya Allah SWT membukakan pintu rahmat Nya dengan seluas-luasnya iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha

Kelebihan Membaca Yasiin

Pada malam Nisfu Sya’ban, digalakkan membaca Surah Yasiin tiga kali samada perseorangan atau pun berjemaah

  • Bacaan Yasiin pertama – niatkan memohon dipanjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah
  • Bacaan Yasiin kedua – niatkan memohon keluasan rezeki yang halal serta diberkati
  • Bacaan Yasiin ketiga – niatkan memohon ditetapkan iman yang sempurna sehingga meninggal dunia kelak

Setiap kali setelah selesai membaca Surah Yasiin tersebut, hendaklah membaca doa seperti dibawah:

Doa Nisfu Sya’ban

“Ya Allah, Tuhan yang maha memberi dan tak ada yang  sanggup membalas  pemberian-Nya, ya Tuhan yang Maha Agung dan Mulia dan yang Maha Pemurah memberi nikmat-nikmat. Tidak ada Tuhan yang lain melainkan Engkau yang menolong orang- orang yang memohon pertolongan dan melindungi orang-orang serta mengamankan dari sekalian yang dikhawatirkan dan ditakuti. Ya Allah andai kata telah ditakdirkan di sisi Mu akan daku dalam buku Azaly, bahwa aku celaka dan sedikit rezeki, terusir dan diharamkan akan daku maka hapuskanlah (apa-apa yang tercatat/ tertulis dalam buku Azaly itu) dengan kemurahan- Mu. Dan tetapkanlah di sisi-Mu dalam buku Azaly itu (tukarkanlah akan keadaan di azalyku itu) dengan kebahagiaan lagi memperoleh rezeki yang dipergunakan untuk kebaikan, sesungguhnya Engkau berkata dan kata- kata-Mu adalah benar; sebagaimana tercantum di dalam Kitab-Mu yang Engkau turunkan atas lisan Nabi-Mu yang diutus ( Muhammad saw.), “Yakni dihapuskan Allah barang yang dikehendakinya (perkataan/pernyataan yang menyimpang) dan ditetapkan-Nya di sisi-Nya di Azaly”. Ya Allah dengan keagunganMu pada malam Nisfu Sya’ban yang mulia / berkat ini, yang memisahkan kepadanya tiap-tiap perkara/keadaan dan urusan yang tepat dan yang dipastikan, hindarkan ya Allah kami dari bala /musibah yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui dan Engkaulah yang lebih mengetahui dengannya, sesungguhnya Engkau Maha Agung dan Pemurah”.

Rujukan penulisan: “Kelebihan Amalan Bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan”

Posted by: rusnah | July 18, 2012

Amalan bulan Rejab dan kelebihannya

Assalamualaikum, sekali lagi kita dipertemukan disini..

Walaupun bulan Rejab sudah berlalu…bulan Syaaban pula sudah hampir melabuhkan tirainya, namun saya ingin berkongsi sedikit ilmu bersama teman-teman yang berkesempatan singgah diblog ini….semoga kita semua dirahmati dan sentiasa didalam pemeliharaanNya.

Amalan didalam bulan Rejab

Amal ibadat sunat yang paling utama dan amat besar ganjaran pahalanya ialah berpuasa sunat – paling baik jika dapat dikerjakan 30 hari iaitu sepanjang bulan Rejab, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW

Menurut maksud sebuah hadis Rasulullah SAW, sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah SWT menyeru kepadanya, “Telah wajib hakmu atas Ku, mintalah olehmu kepada Ku. Demi ketinggian dan kebesaran Ku, tidak akan Aku tolak hajatmu. Engkau adalah jiran Ku dibawah ‘Arasy Ku.  Engkau kekasih Ku daripada semua makhluk Ku.  Engkau mulia disisi Ku.  Berbahgialah kamu, tiada hijab diantara Aku dan engkau.

Selain dari itu, untuk mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda, kerjakan pula solat-solat sunat pada malam dan siangnya.  Beristighfar, berzikir, bertasbih, berselawat, membaca Al-Quran, berdoa dan bersedekah.

Puasa sunat Rejab dan fadhilatnya

  • Berpuasa sunat Rejab 20 hari – diampunkan dosa-dosanya yang lalu
  • Berpuasa sunat Rejab 19 hari – dibinakan sebuah mahligai di syurga
  • Berpuasa sunat Rejab 16 hari – akan dapat melihat Allah di dalam syurga
  • Berpuasa sunat Rejab 15 hari – diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun (menurut Sayidina Ali)
  • Berpuasa sunat Rejab 14 hari – diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun (menurut Sayidina Ali)
  • Berpuasa sunat Rejab 13 hari – diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun (menurut Sayidina Ali)
  • Berpuasa sunat Rejab 10 hari – akan diberi dua sayap (kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian Siratul Mustaqim pada hari kiamat
  • Berpuasa sunat Rejab 9 hari – akan dapat mengucap ketika keluar kubur dan tidak ditolak masuk ke syurga
  • Berpuasa sunat Rejab 8 hari – akan dibukakan lapan pintu syurga pada hari kiamat
  • Berpuasa sunat Rejab 7 hari – akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada hari kiamat
  • Berpuasa sunat Rejab 6 hari – akan dikeluarkan dari kubur pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya
  • Berpuasa sunat Rejab 5 hari – akan diamankan daripada azab kubur
  • Berpuasa sunat Rejab 4 hari – akan menjauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada hari kiamat
  • Berpuasa sunat Rejab 3 hari – akan dibinakan benteng yang menghalang ke neraka pada hari kiamat
  • Berpuasa sunat Rejab 2 hari – akan dipergandakan pahala ibadatnya
  • Berpuasa sunat Rejab 1 hari – diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.  Jika puasa sehari itu ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan ditambah seperti seribu kali ibadat Haji dan Umrah
  • Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab (hari Israk dan Mi’raj) diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan.  Jika disertai dengan ibadat bersedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun
  • Pada keseluruhannya, mereka yang berpuasa pada bulan Rejab akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah imannya bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada hari kiamat.

Rujukan Penulisan:  “Kelebihan Amalan bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan”

Older Posts »

Categories