Posted by: rusnah | April 28, 2009

Episod I – Suatu Perjalanan Yang Jauh…

MALAYSIA – 11 Februari 2001

Tarikh keramat 11 Februari 2001, saya dan suami ditawar untuk mengerjakan fardhu haji.  Kami berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang menuju terus ke Jeddah.  Ini merupakan perjalanan haji yang pertama bagi kami suami isteri.

Semasa pemergian tersebut, anak-anak yang ditinggalkan masih kecil lagi.  Anak yang sulung diketika itu baru saja berusia 12 tahun, manakala adiknya pula berusia 11 tahun dan 6 tahun.

Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang

Kami menginap di Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang.  Seawal pukul 4.00 pagi saya sudah pun bersedia untuk suatu perjalanan yang jauh…… Selesai menunaikan  solat subuh, saya iringi dengan  solat sunat musafir dan kemudiannya bersarapan dan mengambil beberapa dokumen yang diperlukan dari pihak Tabung Haji.

Tepat pukul 8.30 pagi, saya dan suami masuk check in dan kami tidak dibenarkan keluar selepas itu.  Setelah semua bakal jemaah haji mendapat boarding pass, kami duduk sebentar dan mendengar taklimat terakhir dari pihak Tabung Haji sebelum memulakan perjalanan.  Doa dibaca.  Hati terasa pilu dan sayu.  Segalanya berserah kepada ALLAH agar kesemua anak-anak serta kaum keluarga yang ditinggalkan berada didalam perlindungannya.

Bayan Lepas, Pulau Pinang International Airport

Bayan Lepas, Pulau Pinang International Airport

Tepat pukul 10.00 pagi, semua bakal jemaah haji menaiki bas yang disediakan dan menuju terus ke Lapangan Terbang Bayan Lepas.  Pada masa itu, bas yang kami naiki bergerak dengan diiringi oleh motorsikal Polis Peronda. Seolah-olah macam V.I.P.   Ahli keluarga yang menunggu kelihatan masih melambai-lambaikan tangan tanda ucapan selamat jalan.  Perjalanan begitu lancar.  Tepat pukul 11.00 pagi, saya dan suami telah pun berada didalam pesawat Air Asia dan bermulalah suatu perjalanan yang jauh……. (A Journey Of  The Heart).


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: