Posted by: rusnah | May 24, 2009

Episod 5 – Terpesona keramahan penduduk Madinah

MENINJAU PERSEKITARAN MASJID NABAWI – 13 Februari 2001

Hari kedua di Madinah

Waktu subuh Di Masjid Nabawi

Waktu subuh Di Masjid Nabawi

Seawal jam 4.30 pagi, selepas laungan azan pertama berkumandang, dengan ditemani suami, kami sama-sama berjalan menuju ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat subuh berjemaah.  Cuaca masih sejuk dan berangin.  Kelihatan disana sini, sudah ramai jemaah yang keluar untuk sama-sama menunaikan solat.

Pintu Masjid Nabawi

Pintu Masjid Nabawi

Kami memasuki masjid melalui pintu gate no. 9.  Setelah berada di kawasan masjid, saya dan suami terpaksa berpecah kerana pintu masuk bagi jemaah wanita dan lelaki adalah berasingan.  Setelah selesai melakukan solat,  kami berjanji untuk berjumpa di pintu gate no.9 bagi membolehkan kami kembali ke hotel bersama.

Diperkarangan hotel Mawaddah, kelihatan ramai jemaah berpusu-pusu membeli sarapan pagi. Kami juga tidak ketinggalan membeli nasi lemak sebagai sarapan pagi dan pada hari itu pihak Tabung Haji tidak menyusun sebarang program untuk jemaah. Saya dan suami mengambil peluang  untuk meninjau-ninjau persekitaran masjid dan juga bazar-bazar yang berhampiran.

Lebih kurang pukul 8.00 pagi, saya dan suami mengorak langkah dan memasuki ruangan masjid.  Kami kembali meninjau-ninjau persekitaran masjid seperti yang dibawa oleh muttawif di hari pertama. Pada pagi itu saya tidak pergi ke Raudhah kerana tiada peneman wanita.  Di akhir tinjauan, suami menunjukkan kepada saya dimana terletaknya perkuburan Baqi.  Saya hanya melihat perkuburan tersebut dari dalam masjid sahaja.

Persekitaran Madinah

Persekitaran Madinah

Melalui pintu gate no.1,  kami menuju ke banguanan perniagaan dan pusat membeli-belah yang terletak berhadapan Masjid Nabawi.  Bangunan perniagaan  ini agak besar dan terdapat banyak kedai-kedai didalamnya. Sebaik sahaja sampai diperkarangan bangunan perniagaan tersebut, saya sudah dapat menghidu bau wangian dari asap kemiyan yang sengaja dibakar oleh pekedai tersebut.  Saya sukakan bauannya. Disini terdapat berbagai jenis kemiyan dari harga yang paling murah hingga lah yang paling mahal.  Orang-orang arab memang sukakan bau wangian kemiyan ini.  Selain daripada itu terdapat juga berbagai jenis wangian minyak Attar.

Di sebuah kedai jualan

Di sebuah kedai jualan

Jauh juga perjalanan kami pada hari tersebut. Sekiranya tersesat, menara Masjid Nabawi yang boleh dilihat dengan jelas adalah panduan bagi kami.  Saya begitu terpesona dengan keramahan dan budi bahasa penduduk Madinah. Mereka memanggil saya dengan panggilan Siti Rahmah dan meminta kami singgah di kedai jualan mereka. Kami sempat membeli beberapa cenderahati untuk anak-anak dan beberapa jenis buah kurma untuk diposkan terus kerumah ibu di Ipoh.

Saya merasa puas.  Didalam tinjauan yang begitu singkat, dapat dikenali Madinah lebih dekat dari segi pembangunan dan juga keramahan penduduknya. Setelah penat, kami berhenti dan menjamu selera.  Disitu saya berkesempatan berkenalan dengan pengusaha kedai  tersebut iaitu Abdul Qadir yang berasal dari Mesir.  Katanya, kebanyakan pekerja kedai-kedai disitu dilakukan oleh orang-orang arab dari luar.

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari, kami sampai kembali ke hotel penginapan. Makanan tengahari telah pun dihantar kebilik.  Oleh kerana masih kekenyangan, saya menyimpan makanan tersebut untuk dimakan selepas balik daripada menunaikan solat  zohor.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: