Posted by: rusnah | September 5, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

“Apabila tibanya bulan Ramadhan maka terbukalah pintu-pintu surga serta tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan digari” (hadis Riwayat Imam Bhukhari dan Imam Muslim)

Assalamualaikum kepada semua muslimin dan muslimat

Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, saya kira masih belum terlambat untuk mengucapkan `selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak’

Dari seorang teman, saya telah diberikan senaskah Majalah Seruan terbitan Ma’had Adda’wah Al-Islamiyyah. Isi kandungannya begitu bermanafaat dan rasanya perlu dikongsikan bersama dengan semua muslimin / muslimah diluar sana yang berkesempatan singgah di blog ini.Semoga Ma’had Adda’wah Al-Islamiyyah dapat mengeluarkan siri-siri seterusnya untuk perkongsian ilmu demi kecintaan kita kepada ALLAH yang satu.

Sedekah jariah dan infak Fi-Sabilillah

Salurkan sumbangan anda untuk kerja-kerja dakwah demi mencari keredhaan Allah SWT ke akaun BANK ISLAM

Atas nama :  Ma’had Adda’wah al-Islamiyyah

No. Akaun:    07-016-02-034277-3


 

ISTIMEWANYA RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan di mana amal ibadah dilakukan dengan penuh khusyuk dan ikhlas akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja kerana Ramadah ialah bulan limpahan ganjaran pahala yang penuh dengan kebaikan. Inilah bulan dimana AllahSWT menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan menjadi garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Ramadhan awalnya adalah rahmat, pertengahan adalah keampunan dan penghujungnya adalah pelepasan dari azab api neraka.

Nabi Muhammad SAW menyatakan kelebihan bulan ini melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tibanya Ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga, maka tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu” – Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Apakah yang dimaksudkan dengan `pintu-pintu syurga dibuka’ iaitu pada bulan inilah ganjaran yang berlipat ganda bagi mereka yang beribadah sebagai galakan agar sentiasa meningkatkan amalan.`Pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu’ adalah kerana naluri keinginan syahwat bagi mereka yang beriman akan berkurangan dan menyebabkan maksiat dikalangan mereka berkurangan kerana syaitan tidak mampu menghasut. Ini menjadi pendinding dari dihumbankan kedalam api neraka.

Diriwayat dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud: “Diberkan kepada umatKu lima kelebihan yang tidak diberikan kepada umat terdahulu iaitu mulu orang yang berpuasa lebih harum baunya disisi Allah daripada bau kasturi. Para malaikat memohon keampunan untuk mereka sehingga mereka berbuka puasa. Setiap hari pula Allah sentiasa menghiasi syurga dan berfirman:. “Sedikit masa lagi hamba-hambaKu yang soleh akan terlepas dari mereka beban yang kesakitan dan mereka akan menuju ke dalammu (syurga). Para syaitan pula digari akan mereka dan mereka tidak mampu melakukan apa yang boleh mereka lakukan pada waktu lain.  kemudian mereka semua (orang berpuasa) dakan diampunkan sehingga ke akhir malam” Ditanya kepada baginda SAW, “Wahai Rasulullah apakah ia malam Lailatulqadar?” Jawab baginda, “Tidak, tetapi orang yang beramal akan diberi ganjaran jika laksanakan amalannya”. – Diriwayatkan Imam Ahmad dalam Musnad.

Berdasar hadis diatas, terdapat pelbagai keistimewaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.  Khususnya pada bulan Ramadhan yang mulia ini dan antara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut:

Pertama:

Mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT dari bau kasturi. Perkataan khuluf bermaksud perubahan bau mulut apabila perut kosong. Baunya memang busuk pada orang ramai tetapi di sisi Allah sangat harum kerana ia adalah hasil dari melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.  Setiap perkara yang terhasil dari ibadah kepada Allah akan sangat disukaiNya. Seperti orang yang mati syahid. Dia dikebumikan dengan kesan darah kerana pada hari kiamat, darah itu akan mengalir dan baunya harum sebagai bukti kesyahidannya mempertahankan agama Allah. Dalam ibadah haji pula, Allah SWT berbangga dengan jemaah haji meskipun tubuh mereka kotor berdebu lalu Allah berfirman (Hadis Qudsi) maksudnya: “Lihatlah hamba-hambaKu, mereka datang kepadaKu dalam keadaan berdebu”. Riwayat Imam Ahmad bin Hambal dan Ibnu Hibban didalam kitab Sahihnya.

Kedua

Para malaikat memohon keampunan untuk mereka hingga waktu berbuka puasa. Pastinya doa para malaikat akan diperkenankan Allah kerana mereka tidak pernah membuat maksiat malah mereka sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Mereka diberikan tugas mendoakan kaum muslimin yang terdiri dari kalangan umat yang sedang berpuasa sebagai tanda keistimewaan kedudukan umat Nabi Muhammad SAW.

Ketiga

Allah SWT sentiasa menghiasi syurga setiap hari sebagai persiapan menyambut kehadiran orang yang berpuasa dan sebagai galakan agar mereka berusaha menambahkan amal ibadat di bulan ini. Mereka juga akan dilepaskan dari beban dan kesusahan di dunia seterusnya mudah melaksanakan segala macam ibadah.

Keempat

Syaitan digari dengan rantai menyebabkan mereka tidak boleh mengganggu orang-orang yang soleh. Ini merupakan bantuan dari Allah kepada mereka dimana Dia mengurung musuh umat manusia yang mengajak mereka ke lembah neraka. Jesteru ketika datangnya Ramadhan akan timbullah keinginan beribadat yang tinggi.

Kelima

Allah SWT mengampuni dosa orang yang berpuasa pada setiap hujung malam di bulan ini. Sekiranya mereka bangun mengerjakan ibadah, bertaubah, bermunajat kepadaNya serta melaksanakan ibadah puasa di siang hari dengan penuh kekhusyukan.

Demikianlah ganjaran dan keistimewaan menanti mereka yang benar-benar menghayati amal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mudah-mudahan anda tergolong dalam golongan yang menyambut ketibaan Ramadhan dengan penuh kegembiraan.  Inilah kelebihan yang dijanjikan kepada umat zaman ini, yang tiada pada umat yang terdahulu. Allah SWT berfirman yang bermaksud “Kamu adalah umat terbaik yang dilhirkan untuk menusia . Menyuruh kepada yang makruf, mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka di antara mereka beriman dan kebanyakn mereka adalah orang-orang yang fasiq”. – Ali Imran ayat 110

Demikian keistimewaan yang AllahSWT sediakan pada bulan Ramadhan yang seharusnya menjadi satu galakan kuat kepada umat Islam agar bertungkus lumus dan berlumba-lumba mengejar pahala seperti dijanjikan pada bulan mulia ini. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT menetapkan hati kita semua supaya terus istiqamah beribadah dan beramal keranaNya.

 

 


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: