Posted by: rusnah | September 7, 2009

Keistimewaan sepuluh malam terakhir

Sepuluh hari terakhir Ramadhan adalah merupakan saat di mana Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarganya untuk bersama dengannya.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa: “Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadhan) baginda menghidupkan malamnya. Baginda mengemaskan kainnya dan mengejut isterinya dan (yakni tidak bersama dengan isteri)”.

Hadis ini menceritakan bagaimana nabi SAW bersungguh didalam melaksanakan ibadah walaupun baginda tidak melakukan dosa. Namun baginda telah memberikan satu contoh tauladan yang baik kepada umatnya dalam menghayati sepuluh terakhir Ramdhan. Kesungguhan ini juga didorong dengan kelebihan sepuluh malam terakhir yang dijanjikan dengan kehadiran malam al-Qadar atau Lailatulqadar.

Malam al-Qadar sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasihNya. Bagi mereka yang benar-benar beriman, keghairahan mencari reda Allah SWT menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah SWT. Sebaliknya bagi mereka yang alpa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan hingga terlupa promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah SWT di penghujung Ramdhan.

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadhan ialah menghidupkan solat malam seperti Tahajud, Hajat, Taubat dan juga berzikir kepada Allah SWT. Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadhan dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT.

Satu huruf bersamaan sepuluh pahala

Amalan membaca al-Quran mampu menambahkan timbangan amalan kita diakhirat nanti. Jesteru, rebutlah kelebihan membaca al-Quran ini yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu terutama di bulan Ramadhan.

Menurut Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitabullah baginya satu hasanah (kebaikan). Satu kelebihan itu bersamman sepuluh kali ganda. Aku tidak pernah mengatakan bahawa alif lam min itu satu huruf, dan min itu satu huruf” – Hadis sahih riwayat al-Termizi, al-Darimi dan selainnya.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: