Posted by: rusnah | September 7, 2009

Menghidupkan malam-malam Ramadhan

Allah SWT sememangnya tahu akan tabiat manusia yang sering jemu dan bosan apabila melakukan sesuatu yang sama berulangkali. Jesteru itu, disyariatkan pelbagai jenis ibadah samada yang fardu mahupun yang sunat untuk memenuhi keperluan kerohanian manusia agar tidak bosan bermunajat kepada Allah SWT. Terdapat pelbagai amalan sunat yang digalakkan supaya umat Islam melakukannya sebagai tambahan kepada amalan fardhu. Ia juga sebagai satu cara menampung mana-mana amalan fardhu yang tidak sempurna dilakukan. Antaranya ialah solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu seperti:

  1. Dua rakaat sebelum solat subuh
  2. Empat rakaat sebelum zohor
  3. Dua rakaat ZohorDua rakaat selepas maghrib
  4. Dua rakaat sebelum dan
  5. Selepas Isyak juga solat malam seperti solat tahajud

Solat malam atau solat Tahajud adalah ibadah yang menjadi amalan Nabi Muhammad SAW. Jesteru sebagai seorang muslim adalah wajar kita turut sama membiasakan diri dengan  amalan-amalan sunat terutamanya solat tahajud kerana  ianya mampu memupuk keimanan yang kukuh.

menghidupkan malam ramadhan

Bulan Ramadhan adalah saat paling sesuai dihidupkan budaya solat malam atau qiamullail kerana pada bulan Ramadhan kelebihannya yang berlipat kali ganda sepertimana sabda Nabi SAW yang bermaksud “barang siapa yang mendirikan Ramadhan (beramal ibadah) dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaranNya akan diampunkan dosanya yang telah lalu” – hadis riwayat Imam Bhukari dan Muslim.

Disamping mengerjakan ibadah-ibadah wajid, ibadah-ibadah sunat amat digalakkan. Ibadah sunat yang paling afdal dilaksanakan dimalam hari ialah solat sunat Tarawih kerana ia hanya disyariatkan pada bulan Ramdhan sahaja. Solat sunat tarawih secara berjemaah beramai-ramai setiap malam bulan Ramadhan telah dilaksanakan oleh Sayidina Umar al-Khattab r.a. Nabi Muhammad SAW hanya melakukan beberapa hari sahaja  secara berjemaah kerana Baginda bimbang umatnya akan menganggap satu perkara wajib. Namun Baginda SAW tidak menegah dilaksanakan secara berjemaah setiap malam Ramadhan dan tiada yang melarangnya.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: