Posted by: rusnah | September 9, 2009

Apabila berlalunya Ramadhan

Ramadhan merupakan sebuah persekolahan atau institusi pengajian bagi sebahagian besar umat islam. Hari ini telah masuk hari yang kesembilan belas kita berada didalam bulan Ramadhan. Nampaknya Ramadhan semakin hampir akan meninggalkan kita. Marilah  sama-sama kita pertingkatkan lagi amalan di akhir Ramadhan ini agar ianya adalah Ramadhan yang terbaik.

Seseorang muslim itu seharusnya mengamalkan sifat istiqamah didalam mengerjakan amal ibadah agar pahalanya tidak terputus. Selepas berpuasa didalam bulan Ramadhan, umat islam diajar supaya melakukan amalan puasa sunat enam Syawal. Ianya boleh dilakukan sebaik sahaja berlalunya Hari Raya pertama Aidilfitri dan boleh dilakukan sepanjang bulan Syawal. Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Ayub Al-Ansori r.a. bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:”Barang siapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun”

Puasa enam Syawal digalakkan sebagai penampung kepada sebarang kekurangan dalam puasa wajid Ramadhan. Malah jika dihitung ganjaran puasa enam berdasarkan hadis diatas adalah menepati maksud puasa setahun kerana ganjaran pahala bulan Ramadhan disisi Allah ialah satu amalan bersamaan sepuluh pahala.

Disamping itu amalan-amalan lain wajar diteruskan seperti berjemaah di masjid, bertadarus al-Quran, solat sunat witir, qiamullail, bersedekah dan sebagainya yang banyak dilakukan pada bulan Ramadhan. Semoga dengan berlalunya Ramadhan, kita tidak kembali kepada perbuatan-perbuatan mungkar lagi keji dan semoga kita dihindari dari golongan yang cuai dan alpa.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: