Posted by: rusnah | September 9, 2009

Menjelangnya bulan Syawal

Setelah sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga disiang hari samada kanak-kanak yang kecil, dewasa atau pun yang tua, kini Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba. Suasana gembira terpancar di wajah yang berseri-seri bagi setiap muslimin dan muslimat kerana sebulan berpuasa adalah satu tanda kemenangan.

Sebaik selesai Hari Raya Aidilfitri disambut, bagi mereka yang ingin meneruskan amal ibadah dibulan Syawal, boleh lah melakukan puasa sunat Syawal. Puasa sunat Syawal boleh dimulakan pada hari raya kedua hari raya, namun boleh juga dilaksanakan bila-bila masa di bulan Syawal. Bagi mereka yang tertinggal puasa di bulan Ramadhan, sebaiknya qada dahulu puasa Ramadhan dan barulah dilakukan puasa sunat Syawal. Ia juga boleh meneruskan puasa qada bersama dengan puasa sunat Syawal.

Setelah tamatnya puasa sunat Syawal ataupun puasa enam dalam bulan Syawal, amalan berpuasa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan berdasarkan kemampuan seseorang, Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi SAW berpuasa hingga dilihat tidak berbuka dan beliau berbuka hingga dilihat tidak berpuasa. Baginda tidak berpuasa sebulan sebulan penuh melainkan bulan Ramadhan. Pada bulan Syaaban pula baginda berpuasa sebahagian besarnya, malah ada ketikanya sebulan Syaaban. Juga disunatkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis serta hari Arafah, hari-hari Baidh (bulan penuh) iaitu 13, 14 dan 15 bulan islam dan hari Asyura.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: