Posted by: rusnah | September 12, 2009

Episod 7 – Cerita-cerita di Madinah

CERITA-CERITA DI MADINAH –  (MAKTAB 82)

Sepanjang berada di Madinah, sebagai insan yang lemah, saya dapat  melihat sebahagian rakan diuji oleh Allah SWT.  Namun ujian tersebut diterima dengan tenang. Sehari berada di Madinah, dikabarkan suaminya telah hilang dan tidak pulang ke hotel. Dalam keadaan tersebut, dia begitu tenang dan cuma katanya ini adalah ujian tuhan terhadap dirinya dan dia redha.

Selepas waktu isya keesokkan malamnya, rakan-rakan dan petugas Tabung Haji turut sama membantu mencari suaminya di persekitaran Masjid Nabawi. Alhamdulillah hampir subuh, suaminya ditemui. Apa yang menghairankan, suaminya tidak sesat jauh, masih berada dikawasan Masjid Nabawi iaitu berhampiran perkuburan Baqi. Apabila suaminya ditanya kenapa tidak pulang, jawapannya begitu ringkas iaitu dia tidak ingat jalan balik. Walau bagaimanapun, setiap kali masuk waktu sembahyang, dia memberitahu yang ia sentiasa berada didalam masjid. Saya mendapat tahu, suaminya seorang yang pendiam, namun cukup dikenali oleh rakan setempat kerana orangnya begitu baik sekali.

Yang ini pula cerita mengenai seorang lagi rakan yang datang menunaikan haji buat kali pertama bersama sepupu (suami dan isteri). Rakan tersebut berusia 62 tahun.  Setiap kali hendak ke masjid, saya sentiasa dapati beliau di lobi dan seolah-olah menunggu seseorang. Saya sentiasa ditemani oleh suami tetapi apabila telah berada diperkarangan masjid, kami terpaksa berpisah kerana jemaah lelaki dan perempuan bersembahyang berasingan seperti di Malaysia.

Saya menegur dan bertanya sedang menunggu siapa? katanya sudah lama menunggu sepupunya tetapi dia telah ditinggalkannya. Kebetulan saya pun hendak menuju ketempat yang sama, jadi saya mengajaknya sekali. Didalam perjalanan, kami berbual sementara hendak sampai ke masjid.  Dia menyatakan kesalannya mengikut sepupu kerana setiap waktu dia ditinggalkan dan masalah baginya kerana dia sudah tua dan tidak berani hendak ke masjid seorang diri. Saya rasa kesihan dan mulai hari itu dia sentiasa mengikut saya ke masjid. Saya masih ingat kenangan bersamanya, setiap kali sampai dipintu masjid, dia akan memegang telekong dan bahu saya  begitu erat sekali kerana didalam kesesakan tersebut dia takut terpisah jauh dari saya. Saya kurang selesa dengan keadaan tersebut, akhirnya saya meminta dia berada dihadapan sambil sebelah tangan saya dipegang erat. Barulah saya nampak dia begitu ceria dan berkeyakinan.

Seorang lagi kenalan saya yang berasal dari Perlis mengatakan bahawa dia tidak berupaya untuk masuk kedalam masjid selama tiga hari berturut-turut. Katanya dia sudah melakukan kesalahan apabila enggan memberi laluan kepada seorang orang tua untuk bersembahyang di sebelahnya. Dia menyesal dengan sikap tamaknya. Ekoran kesalahan tersebut, dia mendapat habuan yang mana apabila hendak ke masjid sahaja katanya dia nampak begitu padat sekali seolah-olah tiada ruang baginya. Apabila dia bertanya pada rakan-rakan yang lain, semuanya berkata macam biasa sahaja. Dia beristighfar dan memohon keampunan. Alhamdulillah, dia diampunkan oleh Allah. Sebaik sahaja doanya diperkenan, pada hari yang sama juga dia dapat masuk ke masjid seperti biasa dan memberitahu kepada saya supaya tidak melakukan perkara yang serupa dengannya.

Daripada pengalaman yang saya lalui ini sebaiknya diambil sebagai satu pengajaran agar perkara yang sedemikian tidak terjadi ke atas diri kita kelak. Sebaiknya yang muda mesti sentiasa membantu yang lebih berusia. Itulah diantara cerita-cerita dari penghuni Maktab 82 dimana saya dan suami juga adalah diantara penghuni Maktab 82.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: