Posted by: rusnah | October 31, 2009

Episod 8 – Kesayuan diketika melakukan ziarah wada’

BERIBADAH DI MASJID NABAWI– (15  Februari 2001 – 18  Februari 2001)

Pada hari-hari berikutnya, saya dan suami banyak menghabiskan masa beribadah di Masjid Nabawi.  Perubahan cuaca membuatkan saya mengalami sedikit panas badan namun tiada masalah untuk meneruskan aktiviti sembahyang berjemaah di Masjid Nabawi.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, saya dan suami akan meninggalkan Madinah dan menuju pula ke Makkah. Saya mengisi masa yang begitu terbatas dengan sebaik-baiknya.

Perlu diingatkan sewaktu pertama kali melangkah masuk ke Masjid Nabawi, perlulah kita mempelokkan adab-adab masuk ke Masjid dengan melakukan beberapa perkara.

Antaranya:-

  • Masuk ke dalam Masjid An-Nabawi (terutamnya pada kali pertama) sunat masuk melalui Bab As-Salam dan sunat berdoa
  • Mengerjakan solat sunat tahiyyat masjid dan berdoa
  • Menziarahi Maqam Baginda Rasulullah SAW dan sahabat
  • Menziarahi Maqam sahabat-sahabat baginda dan berdoa
  • Menziarahi tempat mula-mula turun wahyu dan berdoa. Jika keadaan tidak terlalu sibuk, elok kita mengerjakan solat sunat Taubat dan solat sunat Hajat
  • Ke Raudhah baginda Rasulullah dan mengerjakan solat sunat hajat dan berdoa.  Sebaik-baiknya bersolat di Mihrab Rasulullah
  • Ziarah mimbar Baginda Rasulullah SAW
  • Ziarah ke Mihrab Saidina Osman dan Mihrab Salman
  • Ziarah sempadan Masjid  An-Nabawi yang asal (Pada tahun 1990 di kepala tiangnya ada tulisan – had Masjid An-Nabawi – ditulis dengan warna hijau)
  • Setelah selesai menziarahi tempat-tempat tersebut, bolehlah kita duduk beriktikaf, sebaiknya beriktikaf didalam Raudhah.

Semasa menziarahi Maqam Baginda SAW janganlah kita berdoa dengan menadah tangan. Hal ini amat tidak disukai oleh sebahagian daripada pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas menjaga Maqam. Dengan sebab itu bagi menjauhi daripada perkara yang tidak diingini eloklah kita berdoa tanpa menadah tangan.

Seperkara yang ingin dikongsikan bersama iaitu setiap kali sampai dipintu masjid, keadaannya begitu sesak dan padat. Seolah-olah tiada ruang kosong untuk mencelah masuk. Pernah sekali saya masuk dan meminta untuk duduk mencelah diantara jemaah namun tiada ruang yang diberikan. Saya akur dan meneruskan perjalanan masuk sehingga ke barisan paling hadapan. Masyaallah…. terkejut besar apabila mendapati kawasan ini agak begitu lapang dan boleh duduk dimana-mana sahaja.

Didalam kesibukan beribadah, saya sempat berehat sambil menikmati keindahan  Masjid Nabawi. Sememangnya masjid ini begitu indah. Diketika itu terasa berat dihati untuk meninggalkan Madinah.  Itulah nikmatnya berada di bumi Madinah, tenang dan damai. Semua kerja-kerja ibadah pun dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya.

Ziarah wada’ ke Maqam Rasulullah S.A.W.

18hb. Februari 2001

Selepas solat zohor, saya dan suami balik semula ke hotel untuk mengemas barang-barang peribadi kedalam beg pakaian. Selepas waktu isya, saya dan suami melakukan ziarah wada’ (ziarah selamat perpisahan). Terasa begitu sayu. Air mata saya mengalir tanpa disedari. Saya pernah menitiskan air mata kegembiraan sewaktu mula-mula sampai dahulu dan kini sekali lagi saya menangis kerana kesedihan untuk perpisahan. Saya merenung sepuas-puasnya kubah hijau yang menempatkan jasad Rasulullah S.A.W. dibawahnya. Entah bila agaknya akan sampai kesini lagi…… begitulah kata hati saya.

masjid nabi

Kubah hijau - Masjid Nabawi


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: