Posted by: rusnah | August 20, 2010

Tetamu Allah hanya yang terpilih

Kali terakhir mengerjakan umrah, pada tahun 2004.  Setelah enam tahun berlalu, terasa  kerinduan yang amat sangat…… rindu untuk berada dihadapan Kaabah, rindu untuk beribadah di dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Apatah lagi rindu untuk menziarahi makam Rasulullah s.a.w.  Akhirnya kerinduan tersebut terubat  apabila keputusan diambil untuk pergi ke Tanah Suci.

Seminggu sebelum berangkat, saya diberitahu bahawa visa tidak dapat dikeluarkan kerana kehilangan passport dibawah kawalan Pakej. Ya ALLAH…. Bayangkan lah bagaimana perasaan diketika itu? Hanya ALLAH sahaja yang tahu. Sebelum ini kerap juga terbaca di akhbar-akhbar tentang jemaah-jemaah lain yang mengalami nasib sedemikian, kemungkinan masalah mereka sedikit berbeza. Namun hakikatnya adalah sama. Tanpa dokumen yang lengkap, seseorang itu sudah pasti tidak dapat memasuki Negara Arab.

Meski pun begitu, kejadian tersebut tidak lah menjadi trauma dan mematahkan semangat untuk kesana.  Di sanubari kecil ini sentiasa bersangka baik dengan ALLAH. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut.

Syukur…. Alhamdulillah, berkat kesabaran akhirnya doa dan hajat tercapai jua. Dengan izin Allah sekali lagi saya diterbangkan ke Tanah Suci pada 14 Jun 2010 dengan ditemani ibu dan bapa, ibu saudara dan anaknya serta anak perempuan saya yang sedang bercuti semester

Ekoran kejadian tersebut, saya kerap muhasabah diri.  Jauh disudut hati ini menyatakan bahawa kemewahan yang dimiliki oleh seseorang itu tidak mencerminkan yang ia mampu mengerjakan ibadah haji dan umrah walaupun untuk sekali dalam seumur hidupnya.  Walaupun seseorang itu tidak mempunyai kewangan yang banyak, namun sekiranya Allah berkehendak, akan sampai jua lah ia  kerana “TETAMU ALLAH HANYA YANG TERPILIH”.

 


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: