Posted by: rusnah | July 18, 2012

Amalan bulan Rejab dan kelebihannya

Assalamualaikum, sekali lagi kita dipertemukan disini..

Walaupun bulan Rejab sudah berlalu…bulan Syaaban pula sudah hampir melabuhkan tirainya, namun saya ingin berkongsi sedikit ilmu bersama teman-teman yang berkesempatan singgah diblog ini….semoga kita semua dirahmati dan sentiasa didalam pemeliharaanNya.

Amalan didalam bulan Rejab

Amal ibadat sunat yang paling utama dan amat besar ganjaran pahalanya ialah berpuasa sunat – paling baik jika dapat dikerjakan 30 hari iaitu sepanjang bulan Rejab, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW

Menurut maksud sebuah hadis Rasulullah SAW, sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah SWT menyeru kepadanya, “Telah wajib hakmu atas Ku, mintalah olehmu kepada Ku. Demi ketinggian dan kebesaran Ku, tidak akan Aku tolak hajatmu. Engkau adalah jiran Ku dibawah ‘Arasy Ku.  Engkau kekasih Ku daripada semua makhluk Ku.  Engkau mulia disisi Ku.  Berbahgialah kamu, tiada hijab diantara Aku dan engkau.

Selain dari itu, untuk mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda, kerjakan pula solat-solat sunat pada malam dan siangnya.  Beristighfar, berzikir, bertasbih, berselawat, membaca Al-Quran, berdoa dan bersedekah.

Puasa sunat Rejab dan fadhilatnya

  • Berpuasa sunat Rejab 20 hari – diampunkan dosa-dosanya yang lalu
  • Berpuasa sunat Rejab 19 hari – dibinakan sebuah mahligai di syurga
  • Berpuasa sunat Rejab 16 hari – akan dapat melihat Allah di dalam syurga
  • Berpuasa sunat Rejab 15 hari – diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun (menurut Sayidina Ali)
  • Berpuasa sunat Rejab 14 hari – diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun (menurut Sayidina Ali)
  • Berpuasa sunat Rejab 13 hari – diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun (menurut Sayidina Ali)
  • Berpuasa sunat Rejab 10 hari – akan diberi dua sayap (kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian Siratul Mustaqim pada hari kiamat
  • Berpuasa sunat Rejab 9 hari – akan dapat mengucap ketika keluar kubur dan tidak ditolak masuk ke syurga
  • Berpuasa sunat Rejab 8 hari – akan dibukakan lapan pintu syurga pada hari kiamat
  • Berpuasa sunat Rejab 7 hari – akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada hari kiamat
  • Berpuasa sunat Rejab 6 hari – akan dikeluarkan dari kubur pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya
  • Berpuasa sunat Rejab 5 hari – akan diamankan daripada azab kubur
  • Berpuasa sunat Rejab 4 hari – akan menjauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada hari kiamat
  • Berpuasa sunat Rejab 3 hari – akan dibinakan benteng yang menghalang ke neraka pada hari kiamat
  • Berpuasa sunat Rejab 2 hari – akan dipergandakan pahala ibadatnya
  • Berpuasa sunat Rejab 1 hari – diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.  Jika puasa sehari itu ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan ditambah seperti seribu kali ibadat Haji dan Umrah
  • Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab (hari Israk dan Mi’raj) diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan.  Jika disertai dengan ibadat bersedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun
  • Pada keseluruhannya, mereka yang berpuasa pada bulan Rejab akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah imannya bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada hari kiamat.

Rujukan Penulisan:  “Kelebihan Amalan bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan”


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: