Posted by: rusnah | July 19, 2012

Bulan Sya’ban

Hadis diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., sabda Rasulullah SAW  bermaksud: “Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku”

ketiga-tiga bulan ini hendaklah dihayati dan dimanfaatkan sebaik-baiknya sebagai usaha pelaburan yang amat menguntungkan pada hari akhirat kelak.

Fadhilat dan kelebihan Sya’ban

  • Sayidatina Aisyah r.a. menyatakan, tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Sya’ban (selain bulan Ramadhan); sesungguhnya baginda SAW telah berpuasa sebulan penuh. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Usman bin Zaid menceritakan: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW, wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti dibulan Sya’ban; lalu baginda menjawab, itulah bulan (Sya’ban) dimana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan; ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam.  Oleh itu saya (baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa. – (Hadis riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)
  • Sebuah lagi hadis Rasulullah SAW bermaksud bahawa baginda suka berpuasa penuh sebulan Sya’ban kerana bulan tersebut malaikat maut menghapuskan nama orang-orang yang akan dicabut rohnya disepanjang tahun itu.  Baginda amat suka jika malaikat maut itu tidak mengambil roh baginda melainkan di dalam bulan Sya’ban, dimana baginda sedang berpuasa

Oleh kerana setiap orang Islam mengharapkan agar amal ibadah masing-masing yang diangkatkan ke hadrat Allah SWT pada bulan Sya’ban itu diterima maka sewajarnyalah kita sekalian memperbanyakkan lagi amal ibadah dengan penuh tawadhu’, ikhlas dan taqwa kepadaNya.  Jika Allah SWT dapat menerima amal salih kita, maka sesungguhnya Allah SWT akan menaikkan darjat kita dalam kehidupan dunia dan juga akhirat

  • Sayidatina Aisyah r.a. menceritaka, Rasulullah SAW telah bersabda: (Sesungguhnya Allah Ta’ala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb) – (Hadis riwayat At-Termizi dan Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

  • “Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.  Sya’ban mengkafarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan menyucikan dosa (jasmani dan rohani)”
  • “Kelebihan Rejab atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Al-Quran atas qalam.  Kelebihan Sya’ban atas bulan-bulan lain seperti kelebihan atas sekalian nabi-nabi. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhlukNya”
  • Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya. Allah berfirman, “Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskan, mereka yang meminta rezeki Aku berikan rezekinya”
  • Bahawa Allah SWT memerhatikan hamba-hamba Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk Nya kecuali orang yang menyengutukan Allah dan orang yang tidak mahu bercakap sesama saudaranya (sesama orang islam)
  • Diriwayatkan daripada Ka’abul-Akhbar bahawa Allah SWT telah mengutuskan malaikat Jibril pada malam Nisfu Sya’ban ke syurga .  Allah SWT memerintahkan supaya syurga dihiasi dengan seindah indahnya.  Malaikat Jibril berkata kepada syurga, sesungguhnya Allah SWT telah memerdekakan ahli neraka pada malam ini sebanyak bilangan bintang-bintang di langit, sebanyak jumlah hari dunia dan malamnya, sebanyak daun-daun pokok, seberat gunung-gunung dan sebanyak-banyak pasir
  • Khalifah Umar Abdul Aziz telah memberitahu wakilnya di Basrah: “Hendaklah kamu perhatikan empat malam dalam satu tahun kerana sesungguhnya Allah SWT membukakan pintu rahmat Nya dengan seluas-luasnya iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha

Kelebihan Membaca Yasiin

Pada malam Nisfu Sya’ban, digalakkan membaca Surah Yasiin tiga kali samada perseorangan atau pun berjemaah

  • Bacaan Yasiin pertama – niatkan memohon dipanjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah
  • Bacaan Yasiin kedua – niatkan memohon keluasan rezeki yang halal serta diberkati
  • Bacaan Yasiin ketiga – niatkan memohon ditetapkan iman yang sempurna sehingga meninggal dunia kelak

Setiap kali setelah selesai membaca Surah Yasiin tersebut, hendaklah membaca doa seperti dibawah:

Doa Nisfu Sya’ban

“Ya Allah, Tuhan yang maha memberi dan tak ada yang  sanggup membalas  pemberian-Nya, ya Tuhan yang Maha Agung dan Mulia dan yang Maha Pemurah memberi nikmat-nikmat. Tidak ada Tuhan yang lain melainkan Engkau yang menolong orang- orang yang memohon pertolongan dan melindungi orang-orang serta mengamankan dari sekalian yang dikhawatirkan dan ditakuti. Ya Allah andai kata telah ditakdirkan di sisi Mu akan daku dalam buku Azaly, bahwa aku celaka dan sedikit rezeki, terusir dan diharamkan akan daku maka hapuskanlah (apa-apa yang tercatat/ tertulis dalam buku Azaly itu) dengan kemurahan- Mu. Dan tetapkanlah di sisi-Mu dalam buku Azaly itu (tukarkanlah akan keadaan di azalyku itu) dengan kebahagiaan lagi memperoleh rezeki yang dipergunakan untuk kebaikan, sesungguhnya Engkau berkata dan kata- kata-Mu adalah benar; sebagaimana tercantum di dalam Kitab-Mu yang Engkau turunkan atas lisan Nabi-Mu yang diutus ( Muhammad saw.), “Yakni dihapuskan Allah barang yang dikehendakinya (perkataan/pernyataan yang menyimpang) dan ditetapkan-Nya di sisi-Nya di Azaly”. Ya Allah dengan keagunganMu pada malam Nisfu Sya’ban yang mulia / berkat ini, yang memisahkan kepadanya tiap-tiap perkara/keadaan dan urusan yang tepat dan yang dipastikan, hindarkan ya Allah kami dari bala /musibah yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui dan Engkaulah yang lebih mengetahui dengannya, sesungguhnya Engkau Maha Agung dan Pemurah”.

Rujukan penulisan: “Kelebihan Amalan Bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan”


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: