Posted by: rusnah | July 23, 2012

Kelebihan Ramadhan

Permulaannya membawakan kerahiman Allah, pertengahannya memperolehi keampunanNya dan akhir sekali mendapat kebebasan daripada api neraka

“Salman r.a. meriwayatkan bahawa pada akhir bulan Sya’ban Rasulullah SAW memberikan khutbah kepada kami dan bersabda: “Wahai manusia, telah datang sekarang satu bulan yang mulia (agung), bulan yang paling diberkati yang mana terdapat di dalamnya satu malam yang tersangat besar kelebihannya daripada seribu bulan.  Inilah bulan yang mana Allah mewajibkan pada siang harinya untuk berpuasa. Dan Dia telah menjadikan Teraweh sebagai sunnah di malam itu.

Barangsiapa ingin mendekatkan dirinya kepada Allah:

  • Dengan melakukan apa sahaja amalan baik, kepadanya akan diganjari sebanyak amalan fardhu yang dilakukan nya pada masa-masa lain.
  • Barang siapa melakukan satu amalan fardhu, kepadanya akan diganjari sebanyak tujuh puluh amalan fardhu yang dilakukan dimasa-masa yang lain. 
  • Sesungguhnya ini adalah sebuah bulan kesabaran. Ganjaran bagi kesabaran yang sejati ialah Jannah (syurga).
  • Bulan simpati terhadap saudara-saudaramu dimana rezeki bagi orang yang  benar-benar beriman ditambah
  • Barang siapa memberi makan orang-orang yang berpuasa sebagai pembuka puasanya (pada masa matahari terbenam), kepadanya adalah keampunan terhadap dosa-dosanya dan pembebasan daripada api neraka dan untuknya adalah ganjaran yang sama (dengan orang yang diberinya makan) tanpa mengurangkan pahala orang itu sedikit pun.

Maka kami pun berkata, “Wahai Rasulullah, tidak semua daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa”.  Rasulullah SAW menjawab, “Allah mengurniakan ganjaran yang sama ini kepada siapa yang telah memberikan kepada orang berpuasa bagi membuka puasanya hanya dengan sebiji buah tamar atau pun seteguk air ataupun sekali sisipan susu.

Dan di dalam bulan ini kita hendaklah melakukan terus sebanyak-banyaknya akan empat perkara, dua daripadanya untuk mendapat keredhaan Allah sementara yang dua lagi yang mana kamu tidak dapat tidak amat berhajat kepadanya:

  • Dua yang menyukakan Tuhanmu ialah kamu hendaklah bersaksi sebanyak-banyaknya bahawa tidak ada sesuatu yang selayaknya disembah melainkan Allah, iaitu dengan membaca Kalimah Tayyibbah; Laa ilaha-illallah) dan berbanyak-banyak istighfar (meminta kemapunan kepada Allah dengan Astghfirullah)
  • Dua perkara tidak dapat tidak kamu amat berhajat kepadanya ialah hendaklah kamu memohon pengharapan kepada Allah untuk memasuki Syurga dan meminta perlindungan kepadaNYa daripada Jahanam
  • Dan barang siapa memberikan seseorang yang berpuasa akan air sebagai minuman, Allah akan membenarkannya untuk meminum daripada telagaku, sekali minum yang selepas meminumnya dia tidak akan berasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam Syurga (Jannah)

Diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah di dalam sahihnya.

Rujukan penulisan: Teman Ramadhan


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: